Syifak ul Qalbi
Saturday, October 18, 2008
Tarbiyah Dzatiah
Wednesday, October 8, 2008
Ukhuwwah
Salaam..
Sebuah artikel yang ingin ana (=P) kongsikan buat syifa' semua..
By: Ummu Zaid
Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi 'tiket' ukhwah ataupun menerima 'tiket' ukhwah itu...
Apa itu ukhwah...
“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).
Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..
“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).
“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)
HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya 'basah' bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;
Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
Perihal ukhuwwah dalam memoriku...
Ana masih ingat lagi beberapa peristiwa yang membuatkan ana rasa cukup manisnya ukhuwwah..
Lebih manis dari indahnya jatuh cinta buat kali pertama...
Pada suatu ketika, dlm satu liqa'...seorang ukht meluahkan perkara yang telah lama terbuku dihatinya... Terasa berat olehnya sehingga tidak mampu dibendungnya lagi... 'Meluahkan' bukanlah sesuatu yang mudah bagi ukhti... Kerana 'nature' nya pendiam, pemendam dan kebiasaannya dibibirnya, hanyalah senyuman yang tidak pernah lekang tersulam...
Lalu dia bersuara...
-*39;Ya Ukhti, berat ana ingin lafazkan... Namun ana tak mahu ia terus bersarang di dada, takut ukhwah ini lemah kerananya... Iman ini larut dlm bisikan jahatnya..'
#-'Emm... Silakan ya Ukhti, ana sedia mendengar... .'
-*39;Yang sebenarnya, waktu diprogram aritu... Ana amat terasa dengan ukhti...'
#-'Astaghfirullahal 'azim....., bila ya Ukhti? Ana minta maaf.. Ana x perasan....dimana salah ana ya ukhti?'
-*39;Masa tu ana mmg x ckup tangan didapur... Rasa tak tertanggung lagi... Ana sendiri x yakin dpt uruskan makanan utk 500 + orang... Ade barang yang tiada... Ada nasi yang x ckup masak... Ada adik2 yang datang kelaparan, belum sempat terjamu lagi... Org lain didapur tiada yang tetap..keluar dan masuk...
- Masa tu ana mmg x tau nak buat apa... Buat sekadar yang terdaya... Ana memang sangat2 harapkan pada enti ... Sama2 uruskan hal2 dapur... Tp enti x putus2 risaukan adik2 enti yang didewan sana... Takut mereka tiada siapa yang follo up.. Kadang2 enti hilang ke dewan.. Di saat2 ana sgt perlukan enti...
# -' Astaghfirullah. .. Ana mmg x sedar ... Ana mmg risau betul dgn adik2 ana... Maafkan ana... Ana lupe org yang plg hampir dengan ana... Afwan ya ukhti...
-*39;Mase tu ana mmg sedey sangat dgn enti...tp sebenarnya.. Silap ana juga... Mengapa ana harus mengharapkan kebergantugan pada manusia...sedangkan Allah kan Maha Kuat.. Silap ana juga ya ukhti.. Maafkan ana..
#-'Ana yang salah ... Maafkan ana... Ana mengejar yang jauh, sedang yang dikendong ini hampir keciciran... '
-*39;Ana pun salah juga... Afwan.. Andai terlalu lama menyimpan dlm hati ya Ukhti...'
Tatkala ukhuwwah ini diuji Allah, walau hanya sedikit... Dua jiwa atau roh yang tertaut atas jlnnya yang merasa, merana dan terkesan olehnya.. Selagi ia tidak diuji, manakan kita tahu sejauh mana kuatnya tautan keduanya.. Kebergantungan seorang ukht kepada seorang ukht yang lain utk mengemudi jalan dakwah ini tandanya perpaduan..dan tidak mungkin perpaduan akn wujud tanpa kasih sayang... Seperti yg HAB nyatakan...
'Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.'
Nah, kasihilah akhawat sekalian, sebagaimana antum kasihkan mad'u2 antum...
Lebihkanlah akhawat sekalian, sebagaimana antum lebih2kan masa2 antum, wang ringgit antum buat yang lain...
Kerana tanpa kasih sayang, lekanglah perpaduan dan ukhuwwah...
Dan paling sedih, sehingga tergadainya dakwah...
Pabila ada akhawat yang seorang demi seorang futur dalam perjuangan menuju Allah ini...
Pada suatu ketika, setelah tamat program..lalu ana bersalaman dengan seorang ukht ni... Erat sungguh genggaman tangannya.. Hangat dan kemas pelukannya pada tubuh ana...lama ..senyap..tiada sebarang ucapan mahupun suara... Seolah - olah ingin menyampaikan segala yang tersimpan didlm hatinya.. Akhirnya dia berkata..
'Ya Ukhti, KITA belum mampu kehilangan.. . Walaupun seorang ukht....'
Berjujuran air mata ana... Begitu tinggi pengharapan ukhti ini pada ana... Ana tahu, bukan pada ana seorang, namun semua akhawat yang hadir ketika itu...pada antunna semua...
Saat ini dakwah KITA masih goyah... Ukhuwwah kita masih lesu... Taat kita masih boleh dipersoalkan. .. Tadhiyah kita masih minimun... Thiqah kita masih belum sempurna...
Namun ana pasti.. Setiap dari kita berusaha untuk yang terbaik.. Membentuk diri menjadi individu muslimah yang terbaik...
Dalam satu situasi yang lain, seorang ukht menjadi mas'ulah dalam sesuatu tugasan yg diberi dlm keadaan ad-hoc..dan dan tu je 'terpaksa' menjadi mas'ulah...
Pening ukhti ini memikirkan siapa yang ada berdekatan utk membantunya menguruskan tugasan yang diberi...bukan yang berdekatan saja, ttp dm fikirannya.. . 'Siapakah yang ada, yang apabila ukht ni meminta bantuan, dia tiada kata dua, melainkan menyahut dengan jawapan...
'Baik! Insyaallah ana dtg sekarang juga...'
Ditilik-tilik setiap no. telefon yang ada... Namun, akhirnya no. yang dipilih adalah ukht A, Ukht B, Ukth C... Dan betul gerakan hati ukht ini... Ukht A,B, & C hadir memberi bantuan tanpa ada alasan alasan yang memenatkan.. . Sesungguhnya ukhti ini tahu siapa yang dpt dia hidup bersama... Dia tahu jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan bersama dengan selain mereka... Sedangkan jika org lain (org biasa), jika tidak bersama kita ... Pasti mereka akan bersama dgn selain dari kita...
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. (HAB)
Nah, mari kita refleksi diri, muhasabah sanubari, berkatalah dari hati....
Andai antunna tidak bersama akhawat disini, adakah antunna betah hidup sendiri?...
Tidak bagi ana ...ana tidak bisa hidup sendiri tanpa akhawat disisi... Walau berat hati ini ingin berpisah, berat lagi jiwa ini yang menanggung.. .. (apetah lagi bila ingin meluahkan... .)
Namun, ana sedar....ukhuwwah itu ruh ruh & jiwa jiwa yang diikat dgn ikatan aqidah...ikatan yang suci...
Walau jasad ini terpisah puluhan ribuan kilometer dari antunna semua, namun ruh & jiwa kita yang sentiasa membara akan sentiasa bersama2 tertaut di atas Jalan Ini...
Mohon pada Allah, yang terbaik darinya, Robbul 'Alamin...

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a'alamin..
Sunday, October 5, 2008
Siapakah ???

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah kita???
Labels: tazkirah
Friday, October 3, 2008
Muhasabah Ramadhan
Dan kini ramadhan telah pergi...berlalu meninggalkan aku...beberapa peristiwa berlaku pada diriku...yang amat kuingat setiap bait2 serta suasana ketika berlangsungnya babak tersebut.... Aku begitu seronok berterawikh di Mt St mosque..walau sempit walau sejuk terus kugapai peluang beribadah bersama rakan2 yang lain disana...Teringat aku satu sajak yang amat aku sukai----izinkan aku mencintai walau hanya dengan beberapa lembaran KitabMu sahaja kupelajari---bila kudengar saja imam membaca ayat2Mu...terus laju air mata mengalir deras....Izinkan Aku mencintaiMu semampuku Ya Allah...
Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Ilahi,
walau hanya dengan memahami beberapa lembaran dari kitabMu,
Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Allah,
walau tidak fasih aku berbahasa arab bahasa KitabMu,
Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Allah,
walau pengorbananku tidaklah sampai seberani para sahabat mempertaruhkan nyawa mereka demiMu,
Izinkan aku mencintaimu semampuku Ya Allah,
walau kadang2 aku terleka serta terlalai mengingatiMu.
Aku masih mencari cintaMu Ya Allah, beri daku sedikit kasihMu...izinkan daku mencintaiMu...kutahu tapi bukan sekadar mahu tahu semata...ingin juga kukejar title KekasihMu, yang bila mana aku bersedih...Engkaulah Yang Pertama mendengar rintihanku, bila saja aku bergembira kepadaMu jua ku sujud mensyukuri nikmaMu, yang bila saja aku meminta Engkau terus medengar dan menunaikan permintaanKu itu...
teringat aku, ada seorang saudara menegurku..ni alquran ukhti ke??? tanyanya...lantas aku menjawab soalan ukhti tersebut...Lalu disedekahkannya senyuman manis buatku seraya berkata..."tanda2 orang beriman"... Hatiku terus berbisik tanpa suara hanya senyuman yang mampu kubalas kepada ukhti tersebut.... Benakku berligar2--Alangkah mudahnya andai hanya dengan melekatkan ayat2 pilihan dengan sticker sudah dinobatkan dengan title BERIMAN....aku mahu menjadi orang beriman..tapai sudah cukupke diriku ini...Orang beriman--> hatinya bergetar mendengarkan ayat2Nya namun aku tak sentiasa begitu... Orang beriman bila ia bersujud terus mengalir deras airmatanya pada Sang Pencipta aku akan kelemahan kehinan diri...namun aku tak sentiasa begitu...Orang beriman juga...bila ia solat ia akan khusyuk namun aku....tak sentiasa begitu...Aku MAHU JADI ORANG BERIMAN..azan dah bergema...aku mahu menunaikan solat maghrib dahulu
Tuesday, September 30, 2008
eid mubarak~


assalamualaikum w.b.t...
muga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya...
minta izin syifa' sekalian utk promo dedication card sempena eid mubarak 1429H ini...
dedication card: nzd$ 0.50 (for each card)
hubungi: hidden_fareha@yahoo.com
muga syawal kali ini mengeratkan dan mentautkan hati-hati kita.. biiznilah...
Sunday, September 28, 2008
Ceritera kami dan Ramadhan
Alhamdulillah! Betapa cahaya Islam itu ada di mana-mana.
Betapa saat-saat cahaya Islam itu cuba ditutup oleh tangan-tangan munafikun, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya, memelihara cahaya Islam itu sampai bila-bila.
Benar..Dalam pahit ada manisnya. Manis rasa persahabatan, seperti jua di sebalik kelabu awan, kelak akan tersinar mega nan cantik berseri.
"Terima kasih, sahabat! Terima kasih 'Penyembuh hatiku'!". Hati saya bertasbih begitu. Moga jalur-jalur Ramadhan tahun ini hadir bersama lembayung keberkatan, bersama bunga-bunga kemesraan yang saya harap kembangnya takkan terlayu. Insya-Allah..
Tepuk dada, tanya iman~
بسم الله الرّحمن الرّحيم
Salaam alaykum ya Syifak ul Qulb!
Ogenki desuka? Ni hao ma? Kabare? Apa khabar? How are you? Como 'estas? Kayfa halukunna? Anyong sahayo.. =D
Apa khabar iman semua? =) Sedih rasanya bila mengenangkan En. Ramadhan yang semakin meninggalkan kita.. Let's take a while and ask ourselves these questions: Adakah kita telah memanfaatkan Ramadhan ini sebaiknya? Sudah berapa banyak pahala yang telah berjaya kita 'shopping' sepanjang Ramadhan kali ini? Mudah- mudahan Allah menjadikan Ramadhan kita kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik, madrasah Ramadhan yang akan menjadikan kita semua insha Allah, lebih kuat menghadapi godaan syaitan laknatullah dan juga dugaan yang bakal menanti.. Semoga istiqamah dalam amalan & semoga dapat memberi yang terbaik apabila kita 'graduate' dari madrasah Ramadhan 1429H ini, insha Allah..
Alhamdulillah kita dah selamat berdaurah semalam.. To be honest, I think I was quite ter’kesan’ dengan presentation akhi Azmir.. Bak kata Naem, ‘tajam & bertubi2’ (well, in her language it’s nonstop).. hehe. Jadi sekarang insha Allah nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat dari daurah semalam.. =)
Kenapa kita Islam?
Pernahkah anda mendapat ajukan pertanyaan seperti di atas? Kenapa anda Islam? Kenapa anda memilih Islam dan bukan agama- agama lain di dunia ini? Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya soalan ini, terutamanya kepada seorang da'ie?
I absolutely agree with what akhi Azmir said yesterday, that ‘Kita sebagai dai’e yang membawa slogan Islam has to first, KNOW and UNDERSTAND why we’re Muslims, bukan hanya membuta tuli atau secara warisan seperti dalam suratul Baqarah:
‘Dan apabila dikatakan kepada mereka,”Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab,” (Tidak!) Kami mengikuti apa yang kami dapati daripada nenek moyang kami (melakukannya).” Padahal, nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk.’[Al- Baqarah, 2:170]
Sebagai contoh, when we know there’s a Christian preacher/ priest who’s gonna come and preach to us specifically (i.e. not just eavesdropping).. u know.. tell us about the goodness of Christiandom and how it is a much easier religion to practice, so- to- speak religion than Islam (since you don’t have to worry abt salah, zakah, saum and all the other obligatory duties in Islam, because all that matters is the LOVE of God), or how Christian is the leading religion in the world (currently) with the most ‘penganut’ and just preach bla3x.. Or a person who’s a Baha’ie-an who claimed that the Baha’ie religion is one that ‘unifies’ all the other three agama Samawi (Jewish, Christian, Islam), or an atheist who argued ‘Can a God create a rock, so huge that even God himself could not move it?’ Most of us will feel quite anxious and intimidated on what these people has to say.. This is especially true when we don’t have enough knowledge about our own Deen. When we don’t know why in fact we’re embracing the beautiful ‘religion’ of Islam.. Akhi Azmir actually went right down to the basics of being a da’ie in his presentation.
The question of ‘kenapa kamu Islam?’ could be quite a confusing, provoking and ‘deep’ question to those who are Muslim pada nama (Islam kata nama) and hanya mewarisi Islam tu sendiri. Muslim in Arabic language sense, is a verb.. not a noun. I pray to Allah that we’re not included in the category of what’s being said by Allah in this ayah:
‘Dan sungguh, akan Kami isikan neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat- ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda- tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lengah’ [Al A’raf, 7:179]
Tuntutan menuntut Ilmu Syar'ie
For me, to answer the above question, we simply need to gain more knowledge. There’s no simpler way to go about it. This is primarily because Islam is not just about faith. It’s about proof as well, unlike other religions, which made it rise above all the others. Benarlah kata pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'. Jangan sekali- kali kita merasa cukup dengan pemahaman dan pengenalan kita terhadap Allah dan Islam, kerana semakin kita mengenali dan memahaminya, kita merasa semakin dekat denganNya.. Semakin yakin kita bhw kita berada dalam jalan yang lurus insha Allah..
There are various ways to gain knowledge about this deen. For instance, through reading Islamic books (especially sirah nabi & para sahabat), listen/ watch Islamic videos (such as Shaykh Yusuf Estes’s, Shaykh Khalid Yassin’s, Dr Zakir Naik’s, Harun Yahya’s, Baba Ali’s and many more, [I did a lot of this in my 1st year here, given the abundance of free time I had last year).. kat sini nak promote sikit website ummah films www.ummahfilms.com and website Shaykh Yusuf Estes’s website: www.shareIslam.com =D insha Allah you can choose a number of his other websites from the link).
Alhamdulillah, I treasure my experience in being an AUIS committee member, during which time had “forced” me to learn and dig up info on Islam. This is especially true when it was time of the year for ‘Islam Awareness Week’ which I have in some way ‘contributed’ for the event for the 2 years of being here (insha Allah looking forward to join one final one next year =D).. When I did this, I started to compare and contrast (knowledge-wise, not akidah wise) Islam, and other religions in the world.. And each time I do that, I found Islam is the ultimate winning ‘religion’ for many countless reasons.. (It’s a pleasure, trust me wink2).. I am sure most of us Syifak ul Qulb did this too, and is still doing the same thing, insha Allah…
Rasulullah Al Amin
Akhi Azmir shared with us yesterday also the supposed reasons of why we’re Muslims.. Antaranya the miracles of Rasulullah s.a.w sendiri, specifically, at the time of origin of Islam, how he was known by the Arab Jahiliyyah as al Amin (the honest one/ the one who is trustworthy)., how he called on all his family, Bani Hashim to gather, how he stood on Jabal As-Safa and how he asked them if they would believe him, if he told them that there’s a bala tentera of army at his back is on their way to attack them. And the Arabs said yes, they would of course, since Muhammad is al Amin! This clearly shows (if you want to look from a non Muslim perspective) that the one who brought the Islamic belief in the first instance was indeed a very honest and trustworthy person. There are of course various other miracles in which I’m sure you guys have already known about (don’t think I should stretch this entry much longer by listing each one of them.. =P)
Allah al Khaliq
Among other reasons that were mentioned by Akhi Azmir, why I am Muslim is: the creation of beings around us. Ask yourself this question: ‘Will I be here if there’s no al Khaliq?’ Consider this, if you were walking down in a desert (there’s no desert in
Islam essentially means submission to the One true God.. not just peace or tranquility.. Those two, if I may state, is a result of being a Muslim.. (but the root word ‘Salama’ actually means peace so it’s kinda related).. So this One true God must be the answer to all that we’ve been asking about.. Who’s our Creator? Who’s our originator, what’s our purpose of life, so on and so forth.. In a simple logical sense, there could not be more than one God, because don’t you think they’re gonna quarrel with each other? If you watched the series Hercules before, you’d know what I’m talking about.. =P
Al-Quran Mukjizat
And the final reason as to why I am Muslim is: The Holy Quran.. It’s really amazing to think & reflect how special the mukjizat given by Allah to Rasulullah s.a.w is; each and every one of the letters were retained/ maintained in exactly the manner which it was revealed upon the Prophet s.a.w., and how the Muslims still actually have the original copy of al Quran, or how more than 10 million people on earth today memorized the Quran, from cover to cover. It’s such a wondrous thing, especially for a non Muslim to know this (and most Muslims themselves took this for granted) because non of the scriptures of the other religions are preserved in it’s entirety:
‘Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan alQuran dan pasti Kamilah yang akan memeliharanya’ [Al Hijr, 15:9]
‘Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong- penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar’ [Al Baqarah, 2:23]
Penurunan al Quran kepada masyarakat Arab Jahiliyyah dalam bentuk poetry (bahasa yang indah), adalah sangat berhikmah, dan sesuai dengan sikap masyarakat pada zaman tersebut yang sangat mementingkan dan membanggakan bahasa mereka, i.e. Arabic language.. That is in fact how Allah lenturkan their ego. If we look at how Allah lenturkan ego masyarakat Bani Israel semasa zaman pemerintahan Firaun (Pharoah) dengan tongkat sakti nabi Musa, sesuai dengan keadaan masyarakat pada masa itu yang obsessed with magic. Make sense isn’t it? Itu baru kita berbicara tentang penurunan al Quran yang penuh hikmah, belum lg consider the content of al Quran itself yang lengkap; mencakupi all the thinkable bidang dalam dunia ni. Al Quran menceritakan kebenaran, dan yang penting akhlak- akhlak yang dengannya manusia akan beramal.. Semua ni sudah digariskan untuk umat Islam 1400 tahun yg lalu.. Plato, Aristotle dan ahli falsafah lain xperlu memerah otak untuk memikirkan all the philosophies of how humanity should behave or anything of the sort..Same thing goes for woman’s rights..
Just looking at all the facts, one would be amazed at how special Islam really is to the world. Just continue digging, and you’d be mesmerized of what you might find.. =) In conclusion, seorang da’ie itu harus “know your stuff” first before actually bekerja untuk Islam. Settlekan dulu bab akidah, baru kita ckp pasal dakwah..It’s just like in marketing, where we have to advertise our product to the buyers, we have to know what makes our product the best out of all the other brands in the market.. Just that in our case, Islam dah pun terbukti sebagai yang terbaik, and we just need to get the relevant facts in our head and to know, and make sure ia tertanam dalam lubuk hati, we’re Muslims not because inheritance or any other reasons, but we’re Muslims because we want to be Muslim, and we know & understand fully that Islam is the true Deen. This very important, dalam usaha kita untuk meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita serta ultimately, untuk mencapai keredhaan Allah, sebagai matlamat terakhir kita.. Bukan lagi solat untuk exercise, bukan lagi puasa untuk diet, dan bukan lagi pakai tudung sbb nak jaga rambut.. Tapi kita buat semua yang di atas, kerana menunaikan perintah Allah s.w.t.. Insha Allah
Dah panjang sgt membebel ni.. Mula2 xth nak tulis apa, but when I started typing rasa cm byk pulak nk diluahkan.. hehe.. =P since this is my first blog entry in my <>22 years of living in this world, jadi sy mohon petunjuk & guidance from those who have more experience.. tolong betulkan mana yg salah, dan comment mana yang patut.. Semoga kita terus berada dalam jalan dakwah, sunnah Rasulullah s.a.w. yang mulia ini..
‘Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang- orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah dan aku tidak termasuk dalam golongan orang- orang musyrik”’. [Yusuf, 12:108]
May Allah guide us all~
Uhibbukunna fillah =) Semofa ukhuwwah kita membawa ke Jannatul Firdaus..Ameen insha Allah.. =D
Wallahu ‘alam
